Penubuhan 1000 Archers pada awalnya sekadar memenuhi permintaan kenalan untuk mengisi masa lapang semasa PKP. Nama asal 1000 Archers adalah TJPP Archery yang mana ahlinya terdiri dari keluarga yang mendapatkan terapi rawatan Tusuk Jari Pulau Pinang.
Berkembang secara organik, dari latihan sebelah rumah, ke bukit sasar berdekatan dan akhirnya sekarang latihan diadakan di Taman Panahan 1000 Archers ( belakang surau Al-Hikmah, Taman Mengkuang Height), Bukit Mertajam, Pulau Pinang.
Bermula dari mempelajari teknik panahan dari salah seorang sahabat, Haswady seterusnya menyertai Keluarga Akhir Zaman bawah kelolaan Tuan Akmal Dahalan. Setelah sempadan dibuka, kami bermusafir ke Ladang Alam Warisan untuk anak sulung kami, Muhammad Adam Hilmi bertalaqqi dengan Tuan Akmal Dahalan dan balik ke Pulau Pinang meneruskan penguasaan panahan bersama ahli yang lain.
Hasil perjumpaan bersama Tuan Akmal Dahalan memberi cetusan idea kepada Tuan Aliff untuk menjenamakan semula nama TJPP Archery kepada 1000 Archers.
1000 Archers mula serius dalam mengembangkan ilmu panahan (lebih kepada panahan dinamik) dan Muhammad Adam Hilmi (anak sulung) bermastautin di Ladang Alam Warisan bawah program Magnificent 12, menumpu ke panahan berkuda.
Setelah selesai program, Muhammad Adam Hilmi tumpu ke panahan berkuda dengan nama The Mamluk Archer dan 1000 Archers tumpu ke panahan dinamik. Perjalanan menuntut ilmu panahan dan usaha memperkembangkan ilmu panahan diteruskan setakat ini menemukan kami dengan teknik panahan Islam, Cahaya Tua dari Khurasan bawah Pertubuhan Pewaris.
Terkini, teknik panahan yang diamalkan di 1000 Archers merujuk kepada teknik panahan Islam, Cahaya Tua dari Khurasan bawah Pertubuhan Pewaris, Cabangan Utara Akademi Al-Ghozaliyyah di bawah seliaan AMIR Azurri.
Ulasan
Catat Ulasan